Monday, February 8, 2010

ceramah....?

Tajuk post ini "Ceramah...?" adalah untuk mengetenggahkan sedikit sebanyak cerita dan isi kandungan ceramah , juga ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman dalam menjadi Adhok di sesebuah majlis,.... haa kalau nak ingatkan peristiwa ni memang kelakar... tebahak-bahak saya tergelak kalau teringat. ha ha ha ha. Baiklah saya akan mulakan cerita dengan biodata penceramah....... sebelum itu saya nak tanye korang sikit...... paham ke maksud Adhok?...... haaa mesti korang x paham , saya denga perkataan Adhok ni pun mase saya masuk belajar dalam UiTM cawangan Segamat ni , hee...

Ok.k k, saya mulakan cerita dengan lafaz bismillah....... nama penceramah yang memberi ceramah pada malam itu adalah Encik Kamal Affendi Bin Hashin. Beliau merupakan salah seorang Exco Malaysian Crime Prevention Foundation dan juga penganalisis jenayah bebas. Beliau telah memberikan ceramah di merata-rata tempat, dan banyak juga keluar di kaca tv... hee macam si pemblogger ni haaaa, tul x ?, jawab ramai-ramai betul Faiz....... macam tu la. ok..k..k sambung balik cerita yang x habis tadi, Antaranya adalah program anjuran PERKEP DAN HELWA Daerah Segamat pada Oktober 2009 bertempat di Hotel VIP Segamat. Beliau turut mempunyai blog sendiri iaitu http://wwwkamalfndhashim.blogspot.com dan juga email beliau kamal_fnd@yahoo.com .

Sebelum tu saya nak bagi mukadimah sikit, program "Anda Mungkin Mangsa Seterusnya" merupakan program anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) UiTM Johor yang julung kalinya diadakan. Ia juga merupakan salah satu medium untuk memperkenalkan seni silat khasnya kepada warga Kampus UiTM Johor.

Selain daripada itu, penceramah dapat memberikan teknik-teknik yang berkesan untuk menjaga keselamatan diri daripada terdedah kepada jenayah yang berlaku didalam dan di luar rumah, penculikan kanak-kanak, ragut, rpgol, dan ganguan seksual . Disamping pelajar dan staff dapat mengenal lebih dekat tentang kes-kes jenayah semasa, program ini juga dapat mempertingkatkan jati diri dalam kalangan ahli PSSCUH dari aspek mental, fizikal dan aspek pengurusan sesebuah organisasi.

Selain dapat mempelajari ilmu-ilmu daripada terlibat didalam jenayah, secara tidak langsung pendengar ceramah dapat memperoleh banyak faedah daripada mendengar ceramah yang telah diberikan tersebut dari segi keselamatan, sosial, Akademik, sahsiah, dan komunikasi.

Tu je la yang dapat saya kongsi, haa, nak bagi tau sikit, saya ni bukannye exco dalam seramah haritu tapi belagak macam exco jew heee, jadi pengajarannye, jadilah macam saya.... mesti korang tertanya kenape kan kan kan,...... lu pikir la sendiri... haaaaaaa assalamualaikum. ^.^ korang perasan x setelah habis bace x de satu pun cerite fasal pengalam saya menjadi adhok hee saje jew nak kenekan korang yang kusyuk mencari pengalaman saya tu..... haa.

No comments:

Post a Comment