Sunday, August 23, 2009

Diriku

Namaku Raja Shah Nur Faiz . Aku dilahirkan di Hospital Klang...............kirenye aku anak jati Selangor ar. Aku dibesarkan di Shah Alam satu daerah dalam selangor.......aku merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik.....Ayahku merupakan seorang kakitangan kerajaan di sebuah bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.....ibuku pula surirumah sepenuh masa....full time tuh......Semasa aku kecil aku dibesarkan oleh nendaku... ini kerana ketika itu ibu aku masih bekerja, dan kini nenda yang menjaga ku ketika aku kecil telahpun kembali ke rahmatullah, aku agak sedih dan rase dunia ini tidak lagi bermakna tanpanya... tapi itu cerite dulu yang patut aku jadikannya sebagai pembakar semangat untukku meneruskan hidup seperti biase. aku menjejakan kaki buat pertama kalinya ke sekolah padatahun 1998. Ketika itu tuhan sahaja yang tahu perasaan yang aku alami ketika itu. aku diabaratkan sehelai kain putih yang tidak tahu menahu apa-apapun fasal keliling. Namun begitu aku pergi jua kesekolah namun perasaan aku tidak dapat dibendung lagi, air mata tidak dapat ditahan lagi lalu bejujuran meleleh ke muka. HAri demi hari aku ke sekolah , aku merasakan hari bersekolah merupakan sesuatu yang tidak perlu disedihkan lagi .Semasa di peringkat rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2). Aku bersekolah di sini dari tahun 1 hingga tahun 6. Di peringkat menengah rendah aku bersekolah di sekolah jenis kebangsaan.Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pengalaman yang menyeronokkan ialah ketika belajar subjek seni, kerana aku amat meminati seni lukis. di sekolah pelajar terdiri daripa pelbagai agama dan bangsa, dengan ini aku dapat belajar sedikit,sebanyak tentang tradisi budaya yang terdapat di Malaysia.Namun kini aku melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA Kampus Segamat. Aku mengambil jurusan pengurusan maklumat, aku berharap aku berjaya dalam apa jua yang aku ceburi......WoW! that what i like about it.........Amin.

No comments:

Post a Comment