Buat petame kalinye saye berpuase tanpe kedua ibu bape tercinte dan adik beradik yang disayangi, dan kini baru saya sedar bertapa susahnye hidup di bulan ramadan ini tanpe kehadiran mereka, disini, iaitu di kampus uitm segamat sukar untuk saya mengambarkan liku-liku yang saya hadapi di kampus sendirian, segala pengalaman pahit getir yang saya lalui amatlah sukar untuk digambarkan, dan kini saya sedar bahawa keluarga adalah segala-galanya, walau bagaimanapun keadaan disini bukanlah seteruk yang disangkakan kerana tuhan masih memberi peluang untuk saya belajar untuk hidup berdikari dan merubah diri saya. mungkin ini adalah dugaan ataupun cabaran bagi saya untuk untuk meneruskan hidup di masa akan datang, kerna kita ataupun saya, tidak tahu sampai bila ataupun sampai mana kita boleh bergantung hidup di bawah bimbingan dan tanggungan ibu bapa kita,. saya sering memikirkan bagaimanakah keadaan ahli keluarga saya, terutamanya ibu bapa, dengan apa mereka bebuka?, sama ada mereka sihat atau tidak?, dan terutamanya adakah mereka menngingati saya, kerana saya disini saya sering merindui mereka dan saya sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan diakhirat, saya sedar sepanjang hidup saya dengan mereka saya sering membebankan mereka, leka dengan perasaan mereka, saya hanya ingin membuat sesuatu yang boleh menghiburkan hati saya tanpa menghiraukan mereka, saya tidak tahu jika hidup tanpa mereka, adakah saya mampu untuk meneruskan hidup dan adakah saya mampu untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. "ibu begenang air mataku, terbayang wajah mu yang redup sayu, kudusnya kasih yang engkau hamparkan bagaikan laut yang tidak bertepianan, biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan tidakpun kau merasa jemu, mengasuh dan mendidik kami semua anak mu dari kecil hingga dewasa" itulah salah satu petikan lagu untukmu ibu, begitu jugalah gambaran sebenar yang saya rasakan terhadap ibu saya. seketika saya terfikir , pada pandangan ibu saya, adakah? saya seorang anak yang betul-betul prihatin terhadap perasaannya (bundaku). bapa (Ayahnda) adalah seorang pemimpin bagi sesebuah keluarga. saya sangat menghormati bapa saya kerana bapa adalah segalanya bagi saya kerana segala nasihatnya memberi peransang untuk menjadi seorang yang berguna serta seorang yang boleh meminpin sebuah keluarga ataupun sesebuah organisasi suatu hari nanti (insyaallah) . segala kata-katanya saya mendalami serta saya praktikkan dan saya mengharapkan agar saya dapat membalas jasa kedua ibubapa saya uatu hari nanti, insyaallah sekali lagi. saya merasakan diri saya amat hina kerana mungkin tanpa saya sedari ibubapa saya terluka atau terasa dengan perilaku yang tidak saya sedari.
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment