Tuesday, January 19, 2010

Berita Metro, 20 Januari 2010

Anjing bawa ular untuk tuan

2010/01/20

YARRAGON (Melbourne): Sepasang suami isteri semalam berkata, mereka terkejut apabila mendapati anjing peliharaan mereka - yang selama ini berdisiplin dan taat - pulang sambil menggonggong seekor ular berbisa di mulutnya.
Menurut Deborah Allen, anjing jenis labrador itu, Bronson, membawa pulang ular itu lima hari lalu.
Katanya, Bronson kelihatan gelisah apabila ular berkenaan membelit mulutnya menyebabkan ia tidak boleh menyalak.
Katanya, Bronson berlari dari padang berhampiran sambil ular terbabit tergantung di mukanya.
Katanya, anjing itu memang sentiasa membawa pulang apa saja objek ditemuinya di padang berkenaan kerana dilatih begitu.
“Apabila Bronson datang bersama ular tedung, kami amat terkejut,” katanya.
Menurut suami Deborah, Peter, ekor ular itu berada dalam mulut Bronson, manakala badannya membelit muka dan kepalanya terjuntai di antara kaki depan anjing terbabit.
“Kami terkejut dan amat bimbang jika ia mematuk Bronson dan mengancam nyawanya,” katanya.
Namun, kata Peter, ular itu kelihatan terlalu penat sele pas bertarung dengan anjingnya.
“Mula-mula kami mengambil kamera dan merakam gambar Bronson bersama ular kerana kami perlukan sesuatu sebagai bukti,” katanya.
Berusia 11 tahun, Bronson pernah menjumpai telefon Peter yang terjatuh di padang sama.
Pasangan itu kemudian menggunakan beg gandum untuk melepaskan belitan ular itu dan Bronson segera dibawa ke klinik.
Pemeriksaan doktor veterinar mendapati, anjing itu memang dipatuk ular tetapi keadaannya tidak membimbangkan. Bronson akhirnya dibenarkan pulang selepas dirawat di hospital veterinar selama empat hari. - Agensi

No comments:

Post a Comment