Friday, January 15, 2010
Keindahan Ciptaan Allah
Gerhana matahari 15 Januari 2010 adalah kejadian semulajadi. Ia akan dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia. Ia akan dilihat sebagai anulus dalam tempoh sempit rentang 300 km kelebaran merentasi Tengah Afrika, Maldives, Selatan Kerala, Selatan Tamil Nadu , Utara Sri Lanka, Burma da China. Menurut kaji selidik oleh pakar, melihat gerhana matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius hingga menjadi buta.
Apabila berlaku gerhana matahari, khalayak sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam semula jadi yang biasanya jarang terjadi.
Pada yang berkesempatan, mereka mungkin akan mengunjungi destinasi yang menawarkan perkhidmatan mencerap gerhana menggunakan peralatan terkini yang diyakini selamat dan berkesan.
Namun, bagi yang tinggal jauh atau tidak berkesempatan untuk berkunjung ke mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan sedemikian, mereka mungkin tiada pilihan selain melihat gerhana secara terus tanpa sebarang peralatan khas.
Selain itu, finomena ini juga memberi kesan negatif yang bakal diterima jika menyaksikan fenomena gerhana matahari secara terus dengan mata kasar."Seperti yang kita ketahui, matahari memancarkan cahaya yang begitu terang hingga ke bumi. Justeru, jika seseorang memandang matahari secara terus tanpa sebarang peralatan yang selamat, mereka mempunyai risiko untuk mengalami kerosakan mata yang serius.
adap
Jadi , individu yang mengambil peluang untuk menyaksikan kejadian alam semula jadi ini haruslah mengambil berat terhadap kesan negatif yang mungkin berlaku ketika menyaksikan gerhana matahari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment